fb fb fb fb fb

Mohammad Bilal derita penyakit kepala besar, jantung berlubang, sumbing besar perlu sumbangan untuk rawatan

BUKIT MERTAJAM, 5 Jun- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Seorang ayah kini umpama hilang akal selepas anaknya berusia setahun sembilan bulan mengalami penyakit berlebihan cecair di kepala atau dikenali secara saintifik sebagai Alobarholoprosencphly.

Perumpamaan itu jelas memberikan makna kesenggasaraan yang dialami keluarga Mohammad Azhar di Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Mohammad Azhar Adzemi berkata, anaknya Mohammad Bilal Yusra mengalami penyakit berlebihan air di kepala sejak dilahirkan.

Sejak dilahirkan keadaan kepala bayinya masih sedang membesar.

Selain itu, Bilal juga menghidapi penyakit jantung berlubang, sumbing besar dan 10% sel tisu di kepala.

Lebih teruk lagi, berat kepalanya kini mencecah 25 kilogram manakala badannya hanya seberat 5 kilogram, menjadikan hidup keluarga ini tertekan.

Doktor pakar yang merawat Bilal sebelum ini pernah berkata, bayi tersebut hanya mampu hidup selama lima hari.

 


(Sekiranya ada pihak yang ingin membantu, boleh hubungi Mohammad Azhar Adzemi di talian 010-2195301)

 

Ayahnya hanya melakukan perniagaan kecil-kecilan atas talian secara ala kadar dalam usaha menumpukan perhatian penuh kepada anaknya.

Prihatin dengan nasib keluarga ini, ahli kariah Masjid Hashim Yahya tampil memberikan sedikit bantuan kewangan dan barangan keperluan harian.

Dugaan keluarga ini amat berat dan berganda kerana mempunyai seorang anak perempuan yang mempunyai masalah telinga.

Diharap ada pihak akan tampil berusaha membantu bayi ini mendapatkan rawatan khusus di bahagian kepala kerana kepedihan dihati seorang ayah sukar digambarkan.

Sekiranya ada pihak yang inigin membantu, boleh hubungi Mohammad Azhar Adzemi di talian 010-2195301.

 


(Ahli kariah Masjid Hashim Yahya tampil memberikan sedikit bantuan kewangan dan barangan keperluan harian)

 


(Bilal juga menghidapi penyakit jantung berlubang, sumbing besar dan 10% sel tisu di kepala)

Media Baharu