fb fb fb fb fb

Mohamed Khaled sedia beri kerjasama berhubung isu LTAT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KOTA TINGGI, 17 Julai - Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi prosiding Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang akan datang. 

Bagaimanapun beliau memaklumkan masih belum menerima sebarang panggilan berhubung perkara itu dan katanya operasi LTAT masih berjalan seperti biasa sehingga kini. 

"Kalau saya ada terima undanga Insya-Allah saya akan hadir," kata Mohamed Khaled kepada media merasmikan Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan, di sini.

Mohamed Khaled merupakan salah seorang daripada empat nama yang bakal dipanggil PAC bagi prosiding berkenaan pada 7 Ogos nanti.

Turut dipanggil ialah tiga bekas pengurusan tertinggi LTAT.

Prosiding itu bertujuan mendapatkan penjelasan susulan pendedahan rizab kewangan agensi itu yang negatif seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Mac lalu.

LKAN mendedahkan LTAT tidak membuat penjelasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM812 juta melibatkan Boustead Holdings Berhad dengan jumlah RM768 juta dan Pharmaniaga Berhad berjumlah RM44 juta.

TETITIA YUSOFF