fb fb fb fb fb

Mohamad Salim dilantik semula sebagai Pengerusi MCMC

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Disember- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan kepada Bernama pelantikan semula Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai pengerusi agensi itu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac 2025.

Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.

Mohamad Salim dilantik sebagai Pengerusi MCMC bagi dua tahun bermula 1 Mac 2023 hingga 29 Februari 2025.

Dilaporkan, di bawah pimpinan beliau, MCMC mencatatkan prestasi kewangan terbaik dengan pendapatan bersih RM1.13 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 38 peratus berbanding RM820.6 juta pada tahun sebelumnya.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM