PUTRAJAYA, 16 Mei- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Tuan Yang Terutama Jeenbek Kulubayev di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek, semalam.
Menurut Wisma Putra, penglibatan pertama kedua-dua menteri itu bertujuan bertukar pandangan mengenai perkara berkepentingan bersama, dalam perdagangan dan pelaburan, industri halal, sektor perlombongan, pendidikan serta perhubungan antara rakyat.
Mohamad turut menyampaikan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz di atas sambutan dan layanan diberikan kepada delegasi Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik tersebut.
Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Republik Kyrgyz bermula dari 14 Mei hingga ke hari ini.