fb fb fb fb fb

Model urus kawasan getah tidak bertoreh dibangunkan

Kementerian Perladangan dan Komoditi kini sedang membangunkan model bagi menyatu dan mengurus kawasan getah tidak bertoreh secara bersepadu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 April - Kementerian Perladangan dan Komoditi kini sedang membangunkan model bagi menyatu dan mengurus kawasan getah tidak bertoreh secara bersepadu.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata mekanisme itu juga akan menggariskan penetapan pendapatan tetap pekebun kecil untuk menggalakkan keterlibatan golongan muda dalam sektor tersebut.

Beliau berkata, langkah tresebut diyakini berupaya menangani isu kekurangan tenaga kerja.

"Melalui model ini mekanisme penetapan pendapatan tetap kepada pekebun kecil akan didiperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk terlibat setersunya menangani isu kekurangan tenaga kerja di sektor huluan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memperkasa rakyat di sektor komoditi luar bandar.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN