fb fb fb fb fb

Model dwirangkaian 5G, jamin daya saing sektor telekomunikasi

Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Pelaksanaan rangkaian 5G kedua bakal membantu meningkatkan liputan 5G negara.

Menurut Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, langkah itu juga bukti komitmen kerajaan menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G sekali gus menjamin daya saing sektor telekomunikasi negara.

"Ia mungkin akan memacu juga inovasi dalam kalangan syarikat penyediaan perkhidmatan kerana wujudnya saingan."

"Persaingan ini kita harap akan menjadi persaingan sihat yang akan membantu merancakkan lagi industri dalam lokasi tetapi yang lebih penting manfaat untuk rakyat. Ia termasuk dari segi harga pelan dan mutu perkhidmatan di 5G yang terbaik," kata Dr. Ahmed Razman kepada pemberita secara eksklusif dalam satu temu bual secara maya.

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan peralihan daripada model 5G secara rangkaian borong tunggal kepada model 5G secara dwirangkaian.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM