MKN dan MTEN bermesyuarat teliti impak kos sara hidup

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 13 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan sedang meneliti langkah proaktif bagi menangani isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat khas MKN dan MTEN akan diadakan esok untuk memperincikan langkah susulan.
  • Mesyuarat bertujuan menilai implikasi keselamatan dan ekonomi secara menyeluruh.
  • Subsidi petrol dan bantuan diesel pengangkutan diiktiraf sebagai stimulus sedia ada, perbincangan lanjut diperlukan untuk intervensi tambahan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan satu mesyuarat khas melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diadakan esok bagi memperincikan langkah susulan.

Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut bertujuan menilai implikasi keselamatan dan ekonomi secara menyeluruh.

Beliau menyifatkan subsidi petrol dan bantuan diesel pengangkutan ketika ini sebagai bentuk stimulus sedia ada, namun perbincangan lanjut diperlukan sekiranya terdapat keperluan untuk intervensi tambahan.