fb fb fb fb fb

MITI pantau Proton dan Perodua

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan sentiasa memantau pematuhan PROTON dan PERODUA ke atas kriteria yang telah ditetapkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri Liew Chin Tong memaklumkan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), kriteria ditetapkan sebagai Projek Kenderaan Malaysia (Malaysian Vehicle Project) boleh dijadikan panduan mengenai status PROTON sebagai pengeluar kereta nasional.


(Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri Liew Chin Tong)

"Berdasarkan status semasa, PROTON masih memenuhi kriteria-kriteria tersebut. Sebagai contoh, PROTON telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, iaitu sekitar 8,500 orang di mana 99% adalah rakyat tempatan.

"Selain itu, PROTON telah melantik lebih 180 syarikat tempatan Tahap 1 dalam rantaian pembekalan keseluruhannya, dan nilai purata perolehan tempatan adalah di antara 75% sehingga 80% terutamanya bagi model-model yang dibangunkan secara tempatan sepenuhnya," katanya ketika menjawab soalan wakil Petaling Jaya Lee Chean Chung.


Media Baharu