fb fb fb fb fb

MITI diberi masa sehingga Mei, sediakan Pelan Strategik Semikonduktor

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 24 April- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempunyai tempoh masa sehingga hujung Mei tahun ini untuk menyediakan Pelan Strategik Semikonduktor.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melihat pelan bertaraf tinggi untuk sektor tersebut.

"Kami berkerja keras dalam pelan ini. Seperti saya katakan tadi, sektor semikonduktor ini agak kritikal dan sangat strategik. Perdana Menteri meminta MITI bekerjasama dengan kementerian lain," kata Zafrul kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pengumuman Kad Laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi suku pertama 2024.

Tambahnya, walaupun garis masa yang singkat, MITI akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak berkepentingan untuk memastikan pelan berkenaan relevan dan berjaya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM