fb fb fb fb fb

MITA rancang teroka pasaran baharu

Presiden MITA, Mint Leong Hoon Min

SEPANG, 20 Disember- Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) merancang meneroka pasaran baharu seperti China, India dan Asia Tenggara.

Presiden MITA, Mint Leong Hoon Min berkata, pengecualian visa untuk pelancong dari China dan India dilihat dapat meningkatkan lagi daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

"Kepada pelancong dari luar negara datang ke Malaysia pula, saya melihat satu trend yang sangat bagus dimana free visa untuk pelancong dari China dan India ini merupakan satu tarikan dan secara tidak langsung merupakan satu imej untuk Malaysia kerana kedua-dua negara besar ini, memberikan pengecualian visa ke Malaysia", katanya.

Katanya, MITA akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dalam melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan memandangkan peningkatan semula kes COVID-19.

Selain itu, pihaknya juga berhasrat menjalin pakatan kukuh dengan agensi pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan komuniti tempatan dengan mewujudkan platform untuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan MITA ke-19 , di Sepang, Selangor.

ROSLINA BINTI DIN