fb fb fb fb fb

Misi perdagangan di AS, Malaysia raih pelaburan RM63.02 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

CALIFORNIA, 18 November- Malaysia meraih pelaburan bernilai RM63.02 bilion daripada misi perdagangan ke Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah tersebut, RM8.33 bilion adalah hasil misi perdagangan dan pelaburan yang dianjurkan sebelum bermulanya Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

"Kalau kita campur keduanya termasuk yang terakhir diselaraskan itu sudah RM63 bilion. Jadi, saya lihat keupayaan orang memberi keyakinan kepada Malaysia itu memang jelas, jadi tidak terlalu sukar, dia cuma minta pertemuan dan penjelasan dasar dan bila boleh dipercepatkan proses kelulusan", katanya kepada media Malaysia di San Francisco.

Bercakap kepada media Malaysia di San Francisco, Perdana Menteri berkata, antara pelaburan daripada misi perdagangan itu adalah Abott Laboratories, Mondelez International, Ford Motor Company, Boeing dan Amazon Web Services.

Manakala, baki nilai pelaburan menerusi pertemuan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix, Microsoft, TikTok dan TPG.

Sementara itu, mengulas berkenaan isu Palestin, Datuk Seri Anwar turut mempersoalkan tindakan mereka yang sentiasa melaungkan hak asasi manusia, namun membisu isu berkenaan.

"Saya membangkitkan isu hak asasi kemanusiaan yang banyak sekali dicanangkan oleh mereka, dan saya kata satu perkara yang kita dokong tetapi mngapa dalam soal Palestin dan Gaza ini dikecualikan, mengapa tidak konsisten dan saya tekankan satu hari lewat bermakna ratusan atau ribuan korban, termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Jadi apapun pertimbangan kita, serangan terhadap rakyat mesti dan wajib dihentikan.

Selain itu, Perdana Menteri berbangga dengan Malaysia, Brunei dan Indonesia yang sepakat dan tegas dalam memperjuangkan isu Palestin di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Dalam perkembangan lain, sambutan Setahun Kerajaan Perpaduan bukan untuk berpesta mahu pun mendabik dada atas kejayaan.

Datuk Seri Anwar berkata, sambutan yang terarah kepada pameran itu bagi memberi penerangan dan mengambil maklum balas rakyat.

"Jika tidak kita akan hanya terperangkap dengan naratif dan polemik kalangn lain yang mngecam seolah-olah kita tidak berbuat apa-apa, ada yang mengatakan ini Perdana Menteri hanya berjalan-jalan sahaja.... Di Riyadh itu semua negara Islam itu hadir, ini APEC semua negara Asia hadir. Jadi bukan kita sengaja, hiburan", katanya.

Sambutan tiga hari bermula 8 Disember itu berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

ROSLINA BINTI DIN