KUALA LUMPUR, 24 September - Pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bukan hanya soal agama, sebaliknya menyentuh soal kemanusiaan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, meskipun berdepan pelbagai cabaran pihak luar; usaha menghantar bantuan tetap diteruskan
bagi menyampaikan bantuan ke Gaza.
"Kini hanya berbaki 750 batu nautika untuk sampai ke destinasi, walaupun berdepan gangguan daripada pihak Israel. Saya ingin menegaskan bahawa ini bukan soal agama, sebaliknya soal kemanusiaan. Inilah cerminan keprihatinan rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap rakyat Palestin di Gaza.
"Kita berharap masyarakat dunia mula membuka mata terhadap permasalahan yang berlarutan tanpa penyelesaian selama lebih 75 tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wakil misi GSF Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menerusi perbualan telefon.