Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin 3.0 diteruskan di Kaherah

FOTO RTM

KAHERAH, 11 Januari– Misi penyerahan Bantuan Kasih Johor–Palestin 3.0 diteruskan di Kaherah, Mesir sebagai sebahagian usaha berterusan Kerajaan Johor menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik berpanjangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyerahan Bantuan Kasih Johor–Palestin 3.0 diteruskan di Kaherah sebagai usaha berterusan kerajaan Johor.
  • Komponen utama adalah 2,066 kotak makanan mengandungi minyak, kekacang, tepung, gula, pasta dan garam.
  • Bantuan dijangka memanfaatkan lebih 10,000 penduduk Palestin yang terkesan oleh konflik.
  • Perbelanjaan RM2.5 juta dari Tabung Kasih Johor-Palestin, sasaran membantu lebih 350,000 penduduk.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pelaksanaan misi itu merupakan kesinambungan kepada kejayaan penghantaran bantuan sebelum ini di Kem Marka, Amman, Jordan.

Menurut beliau, komponen utama bantuan yang akan dihantar masuk ke Gaza ialah kotak makanan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti minyak masak, kekacang, tepung, gula, pasta dan garam.

Sebanyak 2,066 kotak makanan akan dihantar bagi memanfaatkan lebih 10,000 penduduk Palestin yang terkesan dengan situasi semasa.

Misi kali ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta hasil sumbangan ke dalam Tabung Kasih Johor-Palestin dengan sasaran lebih 350,000 penduduk Palestin dapat dibantu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.