Miri rekod 72 kes kebakaran terbuka

Foto JBPM Sarawak

MIRI, 30 Mac – Bahagian Miri masih dikenal pasti sebagai kawasan paling terjejas dalam insiden kebakaran terbuka di Sarawak setakat ini dengan 72 kes dicatatkan sejak 15 Mac lepas hingga semalam

RINGKASAN BERITA AI
  • Bahagian Sibu merekod 41 kes manakala Mukah merekod 36 kes kebakaran terbuka.
  • Bahagian lain merekod antara dua hingga 29 kes.
  • Insiden meningkat mendadak selepas 21 Mac; tertinggi 35 kes pada 25 Mac dan 30 kes pada 28 Mac.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak, Tiong Ling Hii dalam kenyataan memaklumkan, Bahagian Sibu dan Mukah pula menunjukkan aktiviti kebakaran tinggi.

“Sebanyak 41 kes direkodkan di bahagian Sibu manakala dan 36 kes dilaporkan di Mukah.

“Bahagian-bahagian lain catat antara dua dan 29 kes,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama beliau turut memaklumkan bahawa insiden kebakaran terbuka di Sarawak merekodkan peningkatan mendadak selepas 21 Mac.

Kes tertinggi direkodkan pada 25 Mac iaitu 35 kes, diikuti 30 kes pada 28 Mac.