fb fb fb fb fb

Minyak diesel bernilai lebih RM35,000 dirampas di Temerloh

lelaki berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

TEMERLOH, 17 Januari-Seorang lelaki ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda berserta minyak diesel bernilai kira-kira RM35,521 di sebuah stesen minyak sekitar Temerloh semalam.

Menerusi Ops Tiris, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata lelaki tempatan berumur 44 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh.

"Individu terbabit menggunakan surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia yang telah tamat tempoh bagi membeli barang kawalan iaitu minyak diesel.

"lelaki berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun ditahan bersama-sama kenderaan pacuan empat roda berserta 350 liter minyak diesel, membabitkan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM50,754 pada Jumaat lalu di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM