MINDEF sedia runding perolehan beku jika jejas operasi ATM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat dan mendengar taklimat mengenai model pembangunan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak/Foto BERNAMA

MELAKA, 26 Januari – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mengadakan rundingan dengan pihak berkaitan berhubung perolehan yang dibekukan sekiranya langkah itu menjejaskan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

RINGKASAN BERITA AI
  • MINDEF akan runding dengan pihak berkaitan untuk membolehkan perolehan yang penting kepada operasi ATM diteruskan.
  • Perbincangan turut melibatkan perolehan bagi kesejahteraan pegawai, anggota dan keluarga jika ia menjejaskan operasi.
  • Beberapa pegawai dipanggil beri keterangan kepada polis berkaitan penularan maklumat kenaikan pangkat kanan ATM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perkara itu turut melibatkan perolehan berkaitan kesejahteraan pegawai, anggota serta ahli keluarga mereka.

“Kami memahami sebab pembekuan itu dilaksanakan bagi memberi perhatian kepada usaha menambah baik proses perolehan. Namun, mana-mana perolehan yang dirasakan boleh menjejaskan operasi akan dikemukakan untuk rundingan, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, supaya perolehan berkenaan dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kem Terendak, Sungai Udang, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ditanya mengenai penularan maklumat melibatkan pergerakan kenaikan pangkat pegawai kanan ATM, beliau memaklumkan beberapa pegawai telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan