fb fb fb fb fb

MINDEF pantau perkembangan konflik Iran-Israel

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian tuaian halia bentong muda di Kampung Gembut di sini / Foto BERNAMA

KOTA TINGGI, 21 Jun - Malaysia akan terus memantau perkembangan konflik Iran-Israel yang berpotensi menjejaskan keselamatan serantau dan kepentingan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata situasi berkenaan membimbangkan kerana boleh menjejaskan rantaian bekalan global.

"Ini termasuk menganggu ekonomi dunia dan keselamatan rakyat negara ini. Jika berlaku peperangan dunia, semua negara akan terjejas termasuk harga bahan dunia api akan melonjak serta bekalan terputus," katanya selepas menyempurnakan perasmian Majlis Tuaian Halia Bentong Muda di Kampung Gembut di sini.

Tambahnya lagi, krisis Iran-Israel akan memberi kesan kepada Malaysia yang merupakan sebuah negara dagang.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar sedang menyelaras usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran.

Pada masa ini, tiada penerbangan keluar masuk ke Iran.

"Rakyat Malaysia di sana akan dibawa keluar melalui jalan darat seterusnya Turkmenistan akan menguruskan mereka sebelum dijangka dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat komersial,” jelasnya lagi.

NORAINI BINTI WAHIB