fb fb fb fb fb

MINDEF jamin BPlant akan terus dimiliki LTAT

Datuk Seri Khaled hadir pada Hari Terbuka PPlant sempena Hari Raya Aidilfitri di Ladang Teluk Sengat

JOHOR BAHRU, 20 April- Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi jaminan bahawa Boustead Plantations (BPlant) akan terus dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, BPlant adalah sebagai anak syarikat LTAT maka entiti itu perlu mengambil peduli golongan veteran ATM yang berada dalam lingkungan sosial mereka, lebih-lebih lagi veteran yang tidak bernasib baik, hidup daif dan miskin.

"Saya percaya 42 ladang BPlant di seluruh negara boleh ambil perhatian soal ini.

"Saya juga beri jaminan bahawa BPlant akan terus dimiliki oleh LTAT sama ada secara langsung atau tidak langsung,"katanya.

Terdahulu, beliau hadir menyantuni jemputan BPlant yang menganjurkan Hari Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Ladang Teluk Sengat, Kota Tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE