fb fb fb fb fb

MIMA terbit dua karya ilmiah sempena ulang tahun ke-30

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Institut Maritim Malaysia (MIMA) menerbitkan dua buah buku ilmiah iaitu MIMA Maritime Affairs Journal dan 45th Annual Conference on Oceans Law & Policy: UNCLOS at 40 hasil kompilasi Felow Kanan MIMA Sumathy Permal dan pakar maritim antarabangsa James Kraska.

MIMA memaklumkan, pelancaran buku yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah sempena sambutan ulang tahun ke-30 agensi itu, penting dalam meletakkan kedudukan Malaysia sebagai negara maritim penting dunia.

Menerusi satu kenyataan, MIMA menjelaskan penerbitan itu juga bertepatan dengan pemilihan semula Malaysia sebagai ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C bagi penggal 2024-2025 dalam Perhimpunan Agung IMO ke-33 di London baru-baru ini yang dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"MIMA yang ditubuhkan pada 19 Julai 1993 merupakan agensi pemikir yang banyak menghasilkan penyelidikan berkenaan bidang maritim.

"Sepanjang tiga dekad, MIMA komited dalam menjayakan misi bagi membantu kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dalam penyelidikan pelbagai aspek maritim," menurut kenyataan itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE