KUALA LUMPUR, 2 Februari- Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim; MFAR akan dikembangkan sebagai akreditasi yang menjadi rujukan peringkat antarabangsa.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, garis panduan bawah MFAR memberi fokus untuk memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim.
"Garis panduan kepada operator industri untuk mematuhi dan menawarkan perkhidmatan hospitaliti mesra Muslim kepada pelancong Islam.
"Saya percaya bawah ITC, MFAR boleh diperluas ke negara luar supaya satu bentuk pentakrifan secara antarabangsa dapat dilakukan,"katanya.
Jelasnya, akreditasi itu juga berupaya meningkatkan reputasi negara yang menawarkan destinasi pelancongan mesra Muslim.
Beliau berkata demikian pada majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound China Malaysia; MICA.
Sementara itu, MICA dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) yang juga agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mensasarkan 1 juta kedatangan pelancong Muslim dari China ke Malaysia tahun ini.