GEORGE TOWN, 22 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi esok.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan ujian itu akan diadakan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk tidak panik dengan bunyi siren tersebut.
MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.