MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nokaen

Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 19 Januari -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen yang dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer (km) di timur laut Naga City, Filipina.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika Nokaen yang dikesan di perairan Filipina.
  • Ribut bergerak ke arah timur-timur laut pada kelajuan kira-kira 10 km/j.
  • Kelajuan angin maksimum direkodkan sekitar 65 km/j.
  • Ribut dilaporkan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia.

“Berdasarkan pemerhatian pada 8.00 pagi, ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Ribut itu berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah dan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan