KUALA LUMPUR, 30 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.
Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Selain itu, beberapa daerah di Sabah termasuk kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat turut diramalkan mengalami cuaca buruk.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar, khususnya di kawasan terbuka serta berhampiran pokok tinggi atau struktur yang mudah terjejas akibat angin kencang.