fb fb fb fb fb

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sarawak

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.

METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pukul 11.30 pagi tadi memaklumkan amaran tersebut berkuat kuasa sehingga 5 Februari 2025.

"Sehubungan itu, masyarakat disaran untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap cuaca semasa," kata kenyataan itu.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dengan menggunakan aplikasi myCuaca atau laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan METMalaysia boleh dihubungi menerusi talian 1-300-22-1638.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM