KUALA LUMPUR, 22 Julai- Meta memohon maaf atas kesilapan dalam terjemahan automatik daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
Ia berhubung satu status dimuat naik Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, baru-baru ini.
Isu sama turut melibatkan ucapan bersempena Hari Keputeraan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Dalam satu kenyatan rasmi Meta, Pengarah Dasar Awam, Asia Tenggara, Rafael Frankel memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan ralat teknikal berkenaan.
Selain menjelaskan pihaknya amat menghormati institusi diraja Malaysia.
Meta juga telah memohon maaf kepada pihak RTM, Majlis Negeri Johor dan pihak yang terkesan dengan isu tersebut.
Terdahulu, RTM menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam Bahasa Inggeris berhubung istiadat berkenaan seperti yang ditularkan.
RTM juga memaklumkan bahawa hantaran yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem berkenaan.
BERITA BERKAITAN: