fb fb fb fb fb

Mesyuarat pertama jawatankuasa khas tangani isu buli dijadual 2 September

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 29 Ogos -Mesyuarat pertama jawatankuasa khas bagi menangani isu buli bakal dilaksana pada 2 September ini dan akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Sri Azalina Othman Said.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, antara aspek utama yang akan diberi perhatian termasuk prosuder operasi standard (SOP) asrama serta cadangan penubuhan tribunal antibuli.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) telah dimaklumkan mengenai usaha meneliti semula SOP, manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga menyatakan hasrat sama untuk memperkemas pengurusan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

"Sebelum ini kita ada dimaklumkan mengenai usaha pihak KPM untuk meneliti semula SOP dan pihak MARA yang menguruskan MRSM juga ada hasrat yang sama. Jadi melalui jawatan kawasan khas ini semua kementerian, agensi jabatan akan diselaraskan kerana dengan diluluskan pindaan dan berkuasa pindaan kepada kanon kesiksaan dimana Seksyen 507 C, D hingga G telah mula diguna pakai bermula Julai 2025," katanya pada sidang media khas, di sini.

Tambahnya, Jabatan Peguam Negara juga akan turut serta dalam jawatankuasa berkenaan yang merentas kementerian, termasuk Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang berkaitan isu buli siber.

Mengulas mengenai pelantikan warden dalam kalangan bekas anggota tentera seperti dilaksanakan di MRSM, beliau berkata perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa khas untuk diperhalusi.

TETITIA YUSOFF