fb fb fb fb fb

Mesyuarat khas diadakan hari ini bincang konflik terbaharu Asia Barat- PM

Datuk Seri Anwar ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkhar ke-5 dan Majlis Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor

SHAH ALAM, 14 April- Perdana Menteri memaklumkan, satu mesyuarat khas diadakan hari ini bagi membincangkan konflik terbaharu di Asia Barat membabitkan Iran dan Israel. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berbincang dengan beberapa menteri dan pegawai bagi merangka tindakan segera yang boleh diambil.

"Di peringkat antarabangsa, kita menuntut penyelesaian, perdamaian di Asia Barat, kerana apa yg berlaku di sana menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkhar ke-5 dan Majlis Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE