fb fb fb fb fb

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, bermula esok

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan barisan ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana untuk pramesyuarat, menjelang pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, esok.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada pertemuan tersebut Perdana Menteri mengingatkan semua ahli parlimen agar hadir sepanjang sidang berlangsung.

"Permulaan Parlimen... Amanat supaya semua orang hadir Parlimen, jangan ponteng-ponteng", kata Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Pramesyuarat hari ini diadakan secara tertutup dan tamat kira-kira pukul 6.15 petang.

Antara yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

 

ROSLINA BINTI DIN