fb fb fb fb fb

Mesir ucap takziah tragedi tanah runtuh

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 23 Disember-Kerajaan Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor pada Jumaat lalu, yang menyebabkan ramai terkorban.

Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Mesir menzahirkan setulus-tulus ucapan takziah kepada Malaysia dan turut berduka atas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan berpuluh-puluh mangsa dan mencederakan ramai orang.


(Waris mangsa di Hospital Selayang bagi pengecaman mayat / FOTO RTM)

Kenyataan itu juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan Mesir kepada waris mangsa yang terkorban dan berharap mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan segera.

Tragedi tanah runtuh pada jam 2.42 pagi 16 Disember di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 30 terkorban dan seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa.

Media Baharu