fb fb fb fb fb

Menteri Luar Uzbekistan akan adakan lawatan ke Malaysia

Foto X Bakhtiyor Saidov

KUALA LUMPUR, 8 Julai- Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa.

Peraka itu sebagai sebagai susulan kepada perbincangan yang diadakan semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mei lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Saidov akan melakukan kunjungan hormat ke atas Anwar semasa lawatan itu.

"Bakhtiyor Saidov akan bertemu dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membincangkan hubungan dua hala, bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan sejagat yang menyentuh kepentingan bersama.

"...mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada dan meneroka kerjasama dalam bidang baharu terutamanya perdagangan, pelaburan, tenaga, pelancongan dan industri halal," katanya.

Delegasi Uzbekistan juga akan mengadakan mesyuarat dengan PETRONAS bagi membincangkan potensi kerjasama dalam sektor petroleum dan gas serta industri kimia di Uzbekistan.

Wisma Putra berkata Malaysia dan Uzbekistan mengukuhkan hubungan dua hala pada tahun ini, dengan pertukaran lawatan antara kedua-dua negara dan penganjuran bersama satu acara perniagaan di Samarkand pada Mei lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI