Menteri Komunikasi ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Foto Facebook Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 14 Januari Menteri, Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merafak sembah dan mempersembahkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sempena Hari Keputeraan baginda yang Ke-78.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhriz sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-78.
  • Ucapan disampaikan menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.
  • Doa agar Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz.

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Dirgahayu Tuanku”, katanya menerusi hantaran di Facebook.