(Foto FB Fahmi Fadzil)
KUALA KUBU BHARU, 29 Julai- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sangat berpuas hati dengan penganjuran Kembara RIUH 2023 edisi Selangor yang julung kali dianjurkan di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu.
Beliau mengambil masa hampir dua jam melawat reruai yang terdapat di tapak program.
Ini termasuk 25 gerai makanan yang menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5 ke bawah.
Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air sepeti Datuk M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan S.O.G.
Program itu yang bermula semalam dan bakal berakhir esok bermula pada 10 pagi hingga 10 malam.
Selain membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan, ia bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat.
Program sama bakal membuka tirai di Juru City, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Ogos dengan menampilkan beberapa artis tempatan popular antaranya Ella, Anuar Zain dan Kumpulan Bunkface.
(Fahmi puas hati penganjuran Kembara RIUH 2023 edisi Selangor/FB Fahmi Fadzil)