fb fb fb fb fb

Menara KL dibuka semula esok

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 April- Menara Kuala Lumpur dibuka semula bermula pukul 9.00 pagi esok.

Menurut Kementerian Komunikasi, ia kembali dibuka kepada orang ramai selepas penutupan sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

"Pembukaan semula Menara Kuala Lumpur ini selari dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan para pekerja yang terlibat, di samping menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat para pengunjung," menurut kenyataan itu.

Premis Menara Kuala Lumpur kini dikendalikan pengurusan baharu, syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd (LSHSM).

Syarikat itu mengambil alih operasi, pengurusan dan penyelenggaraan bermula 1 April lalu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM