MELAKA, 8 Disember - Stesen Radio Melakafm menyasarkan lebih banyak peningkatan kadar pendengar dan penonton di media sosial pada masa akan datang.
Ia dapat dilihat dengan pertambahan jumlah pengikut yang meningkat dengan ketara mengatasi 34 stesen lain bawah RTM setakat awal bulan ini.
Justeru, Pengarah RTM Melaka, Siti Nurbaini Khairi berkata pelbagai program Melakafm akan ditambah baik pada tahun hadapan.
"Kita akan melakukan penambahbaikan sejajar dengan saranan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman untuk perbaiki program yang sedia ada dan kita sedia upaya akan membaiki pencapaian daripada sudut kadar pendengaran supaya Melakafm di media sosial dan juga RTM klik semakin bertambah dan kita memerlukan sokongan daripada pendengar untuk menjayakan hasrat itulah," kata Nurbaini kepada pemberita selepas Program Lawatan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) DUN Asahan dan Pendengar Setia Melakafm, di Jalan Taming Sari.
Pada program berkenaan, beliau berkata pihaknya berpeluang menyantuni dan menghargai pendengar dengan lebih dekat selain dapat beramah mesra dengan pendengar.