fb fb fb fb fb

Melaka sedia jadi tuan rumah sambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-China

AB Rauf ketika menyempurnakan gimik perasmian pembukaan Muzium Wangkang Melaka di Jalan Parameswara/ FOTO FB abraufyusohofficial

BANDA HILIR, 8 Januari- Melaka berhasrat menjadi tuan rumah sempena ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-China, tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penganjuran sambutan itu di Melaka sejajar dalam mengembalikan kegemilangan hubungan Melaka dan China yang terjalin sejak 600 tahun dahulu dengan kerjasama diplomatik yang dijalankan antara Laksamana Cheng Ho dan Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Rauf, pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa memudahkan kemasukan pelancong China ke negeri berkenaan yang kaya dengan seni budaya dan warisan.

"Melaka mengharapkan supaya Melaka diberikan peluang untuk memyorot kembali sejarah dan kegemilangan hubungan Melaka- China ini disambut di sini.

"Kerajaan negeri bersedia sekiranya Kerajaan Persekutuan memberikan Melaka sebagai tuan rumah untuk acara sambutan tahun ke-50 ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara", katanya yang ditemui pemberita pada perasmian Muzium Wangkang di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan kepada Presiden China, Xi Jinping untuk melawat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2024.

Xi kali terakhir berada di Malaysia pada 2013 sempena pemeteraian Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan China

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD