MELAKA, 12 Mei - Prestasi perbelanjaan pembangunan negeri Melaka disasarkan meningkat sebanyak 92 peratus untuk tahun hadapan, selepas konsisten dengan sasaran 85 peratus yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia bagi membantu menyelesaikan projek kerajaan negeri lebih pantas demi kemudahan masyarakat.
Ab Rauf juga meminta semua jabatan dan agensi bawah pentadbiran kerajaan negeri menjadikan prinsip ‘Outcome Based Approach’ sebagai kayu ukur dalam aspek pembangunan negeri.
"Hasilnya dapat kita lihat tahun inilah beberapa pejabat tanah dan agensi kerajaan telah meraih anugerah dalam memantau dan menilai projek-projek ini. Keberhasilannya ialah ada yang dapat menyelesaikan projek lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.
"Jadi kita dapat lihat Jabatan Kerja Raya seumpanya Jalan Bemban Gapam itu telah dapat disempurnakan seawal dua bulan lebih daripada tarikh yang ditetapkan jadi saya selaku pentadbir negeri melihat ini sebagai satu perkembangan terbaik untuk memakmurkan rakyat dalam mensejahterakan," kata Ab Rauf di sini.
(Ab Rauf bercakap kepada pemberita pada Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik dan
Anugerah Kajian Penilaian Outcome terbaik negeri Melaka di Bandaraya Melaka)
Mengulas lanjut katanya, projek seperti Projek Pembinaan Jalan Persimpangan Bemban Gapam yang siap dua bulan sebelum tarikh jangka siap , antara contoh terbaik yang boleh diambil kira pasukan pembangunan negeri Melaka.