fb fb fb fb fb

'Melaka Nightlife' mampu jana pendapatan peniaga

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BANDA HILIR, 27 Mei- 'Bila Larut Malam' atau 'Melaka Nightlife' dilihat mampu menjana pendapatan peniaga di kawasan pelancongan di Melaka, yang akan bermula pada Jun ini.

Susulan itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, semua peniaga yang terlibat disaran mendapatkan lesen segera daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Melaka telah melancarkan aktiviti dikenali 'Bila Larut Malam' atau 'Melaka Nightlife' sebagai satu program baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Program dianggap paling istimewa untuk pelancong itu membabitkan beberapa lokasi pelancongan menarik di negeri itu dengan bayaran serendah RM10.00 sahaja.

"Muzium-muzium akan memberikan kadar serendah RM10.00 untuk kita dapat melancong dan berkunjung ke Melaka. Semua tempat, kedai makan telah diberikan lesen untuk melanjutkan waktu perniagaan sehingga pukul 3.00 pagi.

"Jadi tiada tempat lain tuan tuan boleh datang berhibur bersama-sama keluarga bersempena dengan Tahun Melawat Melaka di sebuah negeri mana lagi Melaka," katanya dalam Majlis Pelancaran Melaka Bila Larut Malam@Melaka Nightlife di Bangunan Stadhuys, di sini.

Tawaran hebat ini hanya akan diadakan setiap satu hari bulan, pada setiap bulan dan pakej berkenaan akan bermula pukul 11.00 malam sehingga 3.00 pagi pada hari berkenaan.

Penyediaan pakej baharu itu susulan kejayaan pelaksanan inisiatif kerajaan negeri pada 20 Februari lalu menerusi kemasukan percuma ke 11 lokasi pelancongan di negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI