fb fb fb fb fb

Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan masih dilanda banjir

FOTO FACEBOOK Jabatan Penerangan WP Labuan/JBPM Labuan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos- Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan masih terjejas banjir dengan seramai 265 orang daripada 69 keluarga berlindung di sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir menjejaskan daerah Alor Gajah, Melaka, melibatkan 240 penduduk daripada 62 keluarga di enam PPS.

Negeri Sembilan pula melibatkan 27 penduduk daripada lima keluarga di dua PPS dekat daerah Rembau.

Sementara itu, daerah Labuan, Labuan merekodkan lapan penduduk terjejas daripada dua buah keluarga yang berlindung di sebuah PPS.

Bagaimanapun angka penduduk terjejas pagi ini berkurangan berbanding 272 orang pada 12.00 tengah malam tadi.

SITI AISHAH MD ISA