fb fb fb fb fb

Melaka bakal keluarkan benih padi sah pertama Januari depan

Dr Muhamad Akmal Saleh

MERLIMAU, 21 April- Usaha pembangunan benih padi MR297 kini berada di fasa meratakan tanah dan dijangka akan mula ditanam pada September depan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, lokasi penyelidikan benih itu dibangunkan di sebuah padang di sini, Jasin.

Jelas beliau, sekiranya berjalan lancar, Melaka bakal mengeluarkan benih padi sah pada Januari tahun depan.

"(Dalam usaha ini) kita kena cari tapak (tanam padi) sehingga ke Masjid Tanah, Melaka Tengah dan akhirnya ada satu kawasan yang sangat-sangat sesuai.

"Kalau kita nak tanam benih padi, kena ada 'buffer zone' (zon penampan), kalau tak ada, padi tak boleh jadi.

"(Oleh itu) sawah tengah padang ini sesuai. Lebih kurang dalam 42 hektar. Insya-Allah, kita harapkan tanaman ini berjaya," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka DUN Merlimau, Dataran Orang Kampung di sini. 

Sebelum ini, Kampung Sempang, Merlimau dipilih sebagai tapak kajian penyelidikan benih MR297, bagaimanapun kawasan itu mempunyai masalah saliran tersumbat dan menyukarkan projek penyelidikan.

SITI AISHAH MD ISA