fb fb fb fb fb

Melaka, KDN bekerjasama bagi kekang petani warga asing monopoli pertanian

Foto RTM

AYER KEROH, 19 Mac - Melaka akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pelbagai Kementerian lain dalam usaha mengekang kebanjiran warga asing dalam industri pertanian di negeri berkenaan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kerajaan negeri melihat keperluan bagi menggubal semula akta pertanian dengan mewajibkan semua petani berskala besar atau kecil untuk berdaftar.

Jelas Muhamad Akmal, hampir 50 hektar tanah diusahakan oleh warga asing iaitu di Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Kesemua warga asing berkenaan terdiri daripada terdiri warganegara Indonesia, Bangladesh dan Rohingya.

”kebimbangan kita adalah apabila mereka ini tidak mengikut spesifikasi. "Kedua bila warga asing menjual hasil pertanian, mereka sudah ada komuniti sendiri.

"Mereka boleh menjual dengan harga yg lebih murah. Tindakan tersebut menganggu rantaian jualan. Paling utama adalah keselamatan makanan yang dihasilkan", kata Akmal ketika ditemui media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu kebanjiran warga asing menguasai industri sayur dan pencerobohan tanah kerajaan.

Tambah Akmal, warga asing kebiasaannya menawarkan kepada pemilik tanah dengan jumlah sewaan tanah yang lebih tinggi dari kadar sewaan tanah pertanian biasa yang mencecah hingga RM1,000

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD