fb fb fb fb fb

Melaka jamin harga bilik penginapan tidak naik sepanjang TMM2024

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 22 Disember - Tiada kenaikan bagi kadar harga bilik penginapan di Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Jaminan itu diberikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa syarat kepada pengusaha hotel bagi memastikan perkhidmatan pelancongan ditawarkan pada harga munasabah.

"Ada syarat syarat yang tertentu untuk pemilik pemilik hotel ini layak untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri. Kita akan memantau dan memerhatikan bahawa tidak ada kenaikan harga bilik sepanjang tempoh tahun melawat Melaka ini kerana ia akan dapat jumlah pengunjung yang lebih ramai daripada biasa. Sudah pasti kita ada unit yang mengawal selia," kata Ab Rauf kepada pemberita, di sini.

Bagi menarik kedatangan pengunjung, Kerajaan Negeri juga mengadakan Kempen Cabutan Bertuah dan Kupon Diskaun yang menawarkan hadiah berupa lima buah kereta untuk pemenang bertuah.

TETITIA YUSOFF