Media, IKIM perlu bentuk kerjasama sampaikan mesej Islam

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Media dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) perlu mewujudkan kerjasama dalam menyampaikan mesej berunsur kebaikan serta kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat, selari dengan peranannya dalam mengukuhkan perpaduan dan menyemai kemakmuran negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Media dan IKIM perlu bekerjasama menyampaikan mesej kebaikan dan kefahaman Islam sebenar kepada masyarakat.
  • Mesej mesti disampaikan dalam pelbagai bahasa untuk capai rakyat berbilang bangsa dan agama.
  • Persembahan mesej Islam harus menekankan perpaduan, keamanan dan kesederhanaan.
  • IKIM diharapkan menjadi institusi dinamik dan pemangkin pembentukan fikrah masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan bagaimanapun berkata, penyampaian mesej itu perlu diperluas ke pelbagai bahasa agar dapat memberi pemahaman yang jelas kepada rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

“Kami mahu media bekerjasama dengan IKIM dalam menyampaikan kefahaman Islam sebenar yang membawa mesej perpaduan, damai dan kesederhanaan.

“Bagi tujuan itu, kita memerlukan kerjasama dengan semua media berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan sebagainya,” katanya.

Dr. Zulkifli berkata demikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra Media bersama IKIM di ibu negara.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.

Beliau turut berharap IKIM akan menjadi sebuah institusi yang dinamik dan progresif serta pemangkin kepada pembentukan fikrah masyarakat dalam menyampaikan pemahaman Islam yang sebenar.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan