fb fb fb fb fb

MDX 2023: Pemangkin pertumbuhan ekonomi digital negara

(Majlis Pelancaran MDX 2023 disempurnakan oleh Menteri Komunikasi
dan Digital, Fahmi Fadzil)

PETALING JAYA, 25 September- Lebih 100 pempamer dari dalam dan luar negara akan menjelajah seluruh Malaysia menjayakan Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menganjurkan lebih 13 acara selama 6 minggu bermula hari ini sehingga 6 November depan.

"Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023 ini boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi digital dalam negara kita.

"Sudah pasti bagi pihak kementerian, ia bukan sahaja melibatkan MDEC dan agensi-agensi lain.

"Saya lihat ada peluang untuk kita selaraskan beberapa dasar memastikan ekosistem ataupun suasana yang ada sama ada dari segi rangka kawal selia, undang-undang yang ada dan juga dari segi talent pipeline itu mencerminkan kesiapsiagaan Malaysia untuk maju ke depan dalam bidang ekonomi digital", katanya.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran MDX 2023 di Petaling Jaya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.

Tambahnya lagi setakat Ogos 2023, Malaysia meraih RM37.4 billion komitmen pelaburan merentasi pelbagai sektor teknologi digital sekali gus bakal menyediakan hampir 16,000 peluang pekerjaan.

Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan pelabur asing dalam Malaysia Digital (MD) yang merupakan inisiatif strategik kebangsaan untuk memacu ekonomi digital.

Media Baharu