fb fb fb fb fb

MCMC: Peruntukan RM320 juta tingkat capaian internet, menganjak produktiviti

MCMC

PUTRAJAYA, 19 Oktober - Peruntukan sebanyak RM320 juta untuk peningkatan capaian Internet, mampu menganjak produktiviti institusi pendidikan serta taraf hidup rakyat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik peruntukan menerusi Belanjawan 2025.

Sebanyak RM120 juta khusus untuk penambahbaikan liputan internet di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mampu memberi impak persekitaran pembelajaran lebih kondusif.

"Peruntukan RM120 juta untuk penambahbaikan liputan Internet di IPTA disasar dapat membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif
kepada pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan," menurut kenyataan hari ini.

Sementara itu, peruntukan RM100 juta di bawah Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar membantu peningkatan capaian internet.

"Begitu juga peruntukan RM100 juta di bawah Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar akan membantu meningkatkan capaian Internet di sekolah desa dan pedalaman seluruh negara," katanya.

MCMC turut mengalu-alukan peruntukan RM100 juta untuk pemerkasaan fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Peruntukan itu dapat membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan dalam talian seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital.

"Pada masa sama, rangkaian kedua 5G yang bakal diumumkan kelak berupaya meningkatkan daya saing industri tempatan sekali gus membolehkan mereka bersaing ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

MCMC komited untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam memastikan capaian internet yang berkualiti dapat dicapai demi kesejahteraan rakyat.

Trainee