fb fb fb fb fb

MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais

Aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan seorang aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan.

MCMC menerusi kenyataan berkata, aktivis itu dirakam percakapannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang semalam.

Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

MCMC menjelaskan, tindakan tersebut diambil bertujuan untuk merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik yang dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog “TukarTiub” miliknya.

Bagaimanapun, MCMC menjelaskan Hishammuddin bukan subjek siasatan dan tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat. Siasatan selesai pada pukul 6.45 petang hari sama.

Dalam pada itu, MCMC turut menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE