fb fb fb fb fb

MCMC, KPT bekerjasama urus isu capaian internet di IPTA

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 September - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama untuk menguruskan isu capaian internet di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, perkara itu dibincang menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini.

Ia akan diselesaikan segera, susulan semester akademik sesi baharu akan bermula tidak lama lagi.

"PM minta MCMC, KPT bekerjasama dengan pantas melibatkan pengurusan di kampus di bawah IPTA. Sesetengah IPTA ada vendor yang menyediakan internet mereka sendiri. PM minta untuk dipercepatkan dan uruskan segera, memandangkan banyak daripada kampus ini akan beroperasi dengan semester baru. Saya dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan uruskan segera." katanya pada Sidang Media Mingguan di Putrajaya.

Trainee