fb fb fb fb fb

MCMC buka kaunter aduan sepanjang PRK KKB

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 April- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kaunter aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Bharu.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan MCMC, kaunter tersebut mula beroperasi pada 27 April sehingga 11 Mei depan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Pekan Kuala Kubu Baharu.

"Pembukaan kaunter tersebut bertujuan memberi peluang kepada penduduk sekitar kawasan membuat aduan berhubung isu di bawah bidang kuasa MCMC termasuk telekomunikasi dan pos," kata kenyataan itu.

Bagi penerangan lanjut, orang ramai digalakkan hadir ke Pusat NADI bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM