GEORGE TOWN, 8 November - Kira-kira 52 premis perniagaan termasuk lapan premis makanan di Pulau Pinang diarahkan tutup, sejak Januari lepas.
Arahan dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu dikeluarkan susulan premis terbabit didapati kotor, selain terdapat najis tikus dan lipas terutamanya di bahagian dapur.
Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MBPP Tan Soo Siang berkata, lapan premis makanan itu diarah tutup 14 hari berikutan tahap kebersihan terlalu lemah.
Selain tidak menghiraukan kebersihan penyimpanan bahan mentah, premis itu juga didapati tidak menyelenggara peti sejuk beku dengan baik.
"Operasi dibuat bagi memastikan premis-premis makanan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, dalam memastikan tahap kebersihan terjaga bagi mengelak masalah kesihatan yang berpunca daripada makanan," kata Tan Soo Siang.
Justeru pemeriksaan rutin dan rawak dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap masa bagi memastikan restoran dan kedai makan sentiasa mematuhi piawaian kebersihan yang ketat