MBNPs edar 500 pek limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina

FOTO RTM

KANGAR, 14 Februari – Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) mengedarkan 500 pek limau mandarin kepada masyarakat Tionghua di sekitar bandar Kangar bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

RINGKASAN BERITA AI
  • MBNPs edarkan 500 pek limau mandarin kepada komuniti Tionghua di Bandar Kangar sempena Tahun Baharu Cina.
  • Inisiatif itu simbol kebersamaan, keprihatinan dan menyemarakkan semangat perpaduan masyarakat.
  • Penyerahan limau dianggap ruang merapatkan hubungan dan memperkukuhkan persefahaman antara pelbagai latar belakang.
  • Usaha sederhana ini menekankan pentingnya turun padang dan menyantuni masyarakat untuk membina perpaduan.

Presidennya, Syahirunnisa Ramli berkata, inisiatif itu sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan, selain menyemarakkan semangat perpaduan dalam komuniti.

”Penyerahan buah limau yang membawa simbol kesejahteraan dan harapan baharu ini menjadi ruang untuk merapatkan hubungan serta memperkukuhkan persefahaman antara masyarakat pelbagai latar belakang.

“Selagi ada ruang untuk kita duduk bersama dan berkongsi rezeki, di situlah asas perpaduan akan terus kukuh. Diharapkan Tahun Baharu Cina ini membawa rezeki, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, usaha seperti ini mungkin kelihatan sederhana, namun nilai yang dibawanya amat besar kerana perpaduan bukan hanya dibina ketika suasana senang, sebaliknya melalui kesediaan untuk turun padang dan menyantuni masyarakat.