fb fb fb fb fb

MBAS ingatkan tidak bina EVCB tanpa kebenaran

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud / Foto RTM

ALOR SETAR, 3 September – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengingatkan semua pihak agar tidak membina Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata bermula bulan ini, sebarang cadangan untuk menambah atau mengubahsuai EVCB di kawasan bandaraya perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kawalan Bangunan untuk kelulusan.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran arahan ini," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Mohd Yusri, sebarang pertanyaan mengenai EVCB boleh diajukan kepada Jabatan Kawalan Bangunan MBAS di talian 04-7345740.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN